Hari ini dah masuk 5 Ramadhan.Kejap jer masa berlalu.Macam biasa aku sibuk menguruskan anak-anak dan suami tersayang..Ha..dan esok jugak merupakan hari lahir suamiku.apa nak bagi kat hubby ek??x kisahlah yang penting abg tahu yang ibu sangat sayangkan abg.Semoga hidup kita sentiasa di bawah rahmatNya dan lindunganNya..amin.Happy Birhday To My Lovely Husband...
Ok.Semalam punya teringin nak makan kek batih,aku search dalam internet cara-cara nak buat kek yang paling mudah, cepat dan lazat...hah Kek Batik...memang sedaplah...anak-anak pun suka makan.Inilah hasil kek batik yang aku berjaya buat semalam.
Kek Batik
Bahan-bahan:
1 Paket Milo ( yang paling kecil )
1 paket Biskut Marie ( patah 2 )
250 gm Mentega/Butter ( kalau nak sedap guna butter )
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis ( kurangkan kalau tak nak manis sangat )
2 sudu besar serbuk koko
Air secukupnya
Cara membuatnya :
1. Semua bahan dimasukkan ke dalam periuk dengan api yang sederhana. Kacau sehingga sebati semuanya, kemudian masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan tadi. Gaul semuanya dan kemudian letakkan bahan tadi ke dalam loyang. Tekan-tekan bahagian atas supaya rata dan masukkan ke dalam peti selama 2-3 jam.Lepas tu, bolehlah menikmati hidangan tersebut..Yang paling penting MUDAH,CEPAT DAN SEDAP!!
*Daily Life of Mine*
Zone untuk bercerita..............
#Kisahku bersama keluarga terCinta
#Sembang-sembang ragam anak-anak
#Tips untuk motivasi diri
#Kongsi resepi juga yer!!!
#Kisahku bersama keluarga terCinta
#Sembang-sembang ragam anak-anak
#Tips untuk motivasi diri
#Kongsi resepi juga yer!!!
Tuesday, 24 July 2012
Monday, 16 July 2012
Hari ini saya mengambil keberkatan berpuasa dibulan Sha'ban yang mulia sebelum datangnya Ramadhan al-Mubarak.Semoga ibadat saya diterimaNya.Cerita mengenai anak pula, rutin harian macam biasalah bangun pagi kejutkan Adib bangun untuk mandi dan siapkan dia sebelum ke sekolah..Bancuhkan koko Iman untuk Adib dan Kopi Radix untuk yang tersayang. Lepas Adib dan Pa keluar, tinggal saya Anas dan Husna di rumah. Sebelum ini, memang waktu pagi sibuk kerana saya juga bekerja. Macam biasalah kena siapkan barang anak-anak, mandikan anak-anak dan layan karenah mereka.Memang agak letih tapi semua itu sudah menjadi kebiasaan..Tapi lepas bersalin anak yang ketiga ini, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dulu dan ingin fokus sepenuhnya pada suami dan anak-anak.Alhamdulillah suami banyak bagi sokongan pada saya dalam mendidik anak-anak. Al maklumlah cabaran untuk membesarkan dan mendidik anak-anak pada zaman ini lebih besar dan sikap kita sebagai ibubapa juga kenalah selari dengan perkembangan semasa...kena sentiasa "Up To Date". Saya suka melihat rancangan yang memberi tips dalam mendidik anak-anak, cara untuk mengekalkan kebahagian rumahtangga dan lain-lain lagi.Pendek kata apa sahaja yang berkait ilmu dan panduan untuk mengasuh dan mengajar anak mengikut cara yang betul saya akan guna pakai dalam keluarga saya. Saya sungguh teruja membaca kisah dari blog Darwish Darwisya..kisah bagaimana seorang ibu yang mendidik anak dari awal kehamilan sehinggalah sekarang.alhamdulillah kedua anaknya sudahpun menghafaz 30 surah di dalam al-Quran..Dalam hati terdetik...aku juga ingin anak-anakku berjaya..berkata sahaja tanpa usaha takkan membawa apa-apa hasil..Justeru saya sendiri mengajar anak mengaji di rumah...Kalau boleh saya nak anak-anak saya dapat membaca al-Quran dengan baik..Alhamdulillah Adib sekarang sudah baca iqra 3..Walaupun banyak cabaran dalam mengajar anak..saya cuba banyakkan bersabar dan kalau rasa nak marah..banyakkan beristighfar..Anak lelaki memang agak aktif dan susah nak duduk mengaji lama-lama.Saya pun tak ambil masa yang lama, cukuplah 3-5 minit setiap hari asalkan dia tidak Miss ngaji dia..Oklah kan...
Saya nak kongsi cerita Ibu Darwish Darwisha mengenai kuasa al-Quran dalam pendidikan awal kanak-kanak..Semoga kita jadikan inspirasi untuk lebih menekankan ilmu al-quran dalam kehidupan kita seharian...Saya pun masih terlalu banyak kekurangan dan kelemahan diri tetapi akan cuba untuk memperbaiki diri dan mengubah hidup saya dan keluarga untuk menjadi yang terbaik...Insyaallah..
Inilah luahan hati dari Ibu Darwish Darwisya
Saya telah melihatnya.. Saya telah mengalaminya..
Kebanyakkan ibubapa, takut anak tertinggal di belakang bila dia masuk ke sekolah nanti, maka sejak dari bayi lagi, kita mula nak kenalkan ABC dan 123.. Kita mula memenuhkan tempat bermainnya dengan educational toys untuk tujuan memperkenalkan huruf dan abjad. Kalau ibu dan bapa bekerja, maka toys berjenama mahal lah yang dibeli. Jika seorang sahaja, maka jenama biasa-biasa sahajalah tetapi tetap ada. Kita berkata dalam hati, al Quran itu 'nanti-nanti' pun boleh. Lagipun.. mana ada ujian al Quran bila dia masuk sekolah rendah nanti. Dah besar sikit, hantar sahaja mengaji dengan ustaz/ustazah di belakang rumah tu. Itu mentaliti ibu-ibu yang seangkatan dengan zaman saya dahulu. Rakan-rakan saya semunya begitu. Alhamdulillah kerana sekurang-kurangnya mereka ada inisiatif untuk mengajar anak mereka dari kecil berbanding dengan ibu-ibu zaman 'ibu saya' yang tidak terfikir tentang pendidikan awal bayi. Apapun.. besar panjang juga kita-kita ini.
Zaman telah berubah, kita tidak boleh melakukan perkara yang sama. Tetapi ada satu yang tidak patut untuk berubah. Iaitu.. mengajar al Quran dari bayi mengikut contoh ibu-ibu zaman kegemilangan Islam dahulu. Saya telah rasa dan mengalaminya.. Alangkah baiknya jika semua orang tahu akan kuasa al Quran pada anak mereka jika ianya diajar dari bayi lagi. Terus terang saya katakan keutamaan yang saya letakkan pada anak saya adalah menentang arus dari keutamaan ibubapa sekarang yang mahu anak 'excel' dalam persekolahan mereka terutamanya. Saya mengajar al Quran dahulu.. yang lain saya kemudiankan. Umur anak-anak saya mahu menginjak hampir 5 tahun baru saya mula mengajar membaca dan mengira. Itupun setelah berfikir.. apa salahnya ajar samping-sampingan. Oleh kerana sudah niat dihati ia diajar 'samping-sampingan' maka tidaklah saya konsisten. Apa keputusannya? Kedua-dua anak saya sudah pandai membaca bahasa Inggeris. Darwisya pula sudah peringkat boleh membaca Science Encyclopedia dalam Bahasa Inggeris. Matematik.. keduanya boleh melakukan operasi matematik yang lebih rumit jika dibandingkan peringkat umur mereka. Saya kata lebih rumit dari umur mereka kerana saya telah melihat buku teks darjah 1 dan darjah 2 anak buah saya. Maka saranan saya, bagi mereka yang punya anak kecil, mulakan dengan al Quran. Ada juga pembaca blog ini yang anak mereka telah dewasa dan jika manalah tahu satu hari Allah kurniakan seorang anak kecil lagi, cubalah ajar yang sikecil comel itu al Quran. Kita akan lihat perbezaan dia dengan anak-anak yang besar tadi. Dia akan lebih terang hati menerima pelajaran lain. InsyaAllah

My FaMily
Blog ini saya ingin kongsikan pengalaman saya setelah 6 tahun mendirikan rumahtangga bersama suami tersayang, Ahmad Mubarak Bin Saari dikurniakan anak yang sihat dan cergas.Alhamdulillah....anak-anak membesar dengan baik.Anak yang sulung Muhammad Adib Syauqi Bin Ahmad Mubarak berumur 5 tahun.Anak yang kedua Muhammad Anas Safwan Bin Ahmad Mubarak berumur 2 tahun 2 bulan.Anak yang ketiga Nur Husna Binti Ahmad Mubarak berumur 7 bulan. Segala suka duka pahit manis dilalui bersama dengan penuh sabar dan ikhlas. Semoga segala urusan yang dilakukan di dunia dan dalam mendidik anak-anak yang kian membesar dipermudahkan dan diberkatiNya....amin...
![]()
Add caption
Subscribe to:
Posts (Atom)